Passport Hilang?? Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Kengkadang kite xprasan kat mana kite letak passport.. bila dah dekat waktu nak fly baru la kelam kabut cari.. ada juga yang ditimpa musibah.. dah dekat-dekat nak fly ni la plak beg kena ragut atau curi.. nasib tak baik plak passport dalam tu.. di sini sis kongsikan langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila kehilangan passport.. ini adalah berdasarkan pengalaman sis sendiri..

# 1

uols kena report polis dulu.. mula-mula kena jumpa SB dulu sebab ini berkaitan kehilangan passport bukan kes biasa-biasa.. kehilangan passport adalah kes yang sangat serius ye.. jadi soal siasat perlu dilakukan.. lpas dah jumpa SB tu kita terus ke kaunter yang biasa buat report tu.. kat situ baru la kita ceritakan insiden kehilangan passport tu.. sama ada missplaced atau kecurian.. jika ia melibatkan kecurian kita kena jumpa pegawai penyiasat pula dan sekali lagi soal siasat akan dilakukan sebab ia melibatkan kes jenayah..

# 2

lepas dah settle buat laporan dapat salinan laporan dari pegawai bertugas.. bayaran akan dikenakan bagi setiap salinan yang dipinta..

# 3

untuk menjimatkan masa lepas dapatkan salinan report uols ke website JABATAN IMMIGRATION dulu.. print borang-borang yang berkaitan sebelum ke sana.. kalau tak nak pon takper sebab kat kaunter immigration tu diorg bleh provide borang-borang tu untuk uols..

# 4

borang IM42C tu adalah borang soal selidik.. isi betul-betul borang tu kemudian sediakan 2 salinan borang tu untuk submit ke immigration.. selain dari itu sediakan juga salinan MyKad.. klau MyKad pon hilang boleh gunakan salinan Kad Pengenalan Sementara.. untuk yang berumur 18 tahun ke bawah sila sediakan Sijil Lahir & MyKad ibubapa.. sediakan juga salinan e-ticket flight sebagai dokumen sokongan.. semua dokumen ini hendaklah disediakan dalam 2 salinan..

# 5

terus ke pejabat immigration yang HQ.. cawangan atau UTC tak boleh ye uols.. hanya ibupejabat jer yang boleh uruskan untuk kes kehilangan passport.. macam kes sis hari tu sis ke Pejabat Immigration Jalan Duta.. kemudian uols terus ke bahagian kehilangan atau kerosakan.. jangan plak pi amek no kat kaunter biasa tu.. buang masa jer nanti tunggu nombor pastu kena pi tempat lain tunggu nombor lagi..

# 6

lpas amek nombor bgitau kat pegawai tu berkenaan kes uols.. nanti pegawai akan berikan borang-borang yang perlu di isi.. ada borang yang perlukan tanda tangan pesuruhjaya sumpah.. jangan risau.. selalunya dekat pejabat-pejabat immigration memang akan ada pesuruhjaya sumpah yang buka pejabat kecil..

# 7

lpas dah isi semua borang, buat 2 salinan untuk setiap borang yang dah di isi dan juga 2 salinan untuk semua dokumen-dokumen yang diperlukan..

# 8

serahkan semua dokumen-dokumen pada pegawai bertugas & dalam masa 5 hari bekerja baru la kita akan dapat tau keputusan kelulusan permohonan kita itu.. bagi kes kecemasan mcm sis hari tu jangan risau.. pihak immigration masih ada budi bicara.. masa sis hilang passport tu sis ada masa 3 hari bekerja jer sebelum fly.. pegawai akan minta bukti yang menyatakan kita perlu meninggalkan negara dalam masa terdekat.. sebab tu sis dah sediakan dari awal salinan e-ticket flight untuk submit pada mereka.. & apabila dokumen sokongan tu ada mereka pasti akan memudahkan urusan kita..

# 9

apabila permohonan kita dah diluluskan kita akan dipanggil diminta hadir untuk membuat bayaran.. untuk permohonan passport sebanyak RM200 akan dikenakan & bayaran denda juga akan dikenakan bagi kes kehilangan akan kecuaian.. bagi kes-kes musibah insyaallah pihak immigration akan waive denda tu.. tapi uols still kena bayar untuk permohonan passport..

# 10

selepas buat bayaran, dalam masa sejam insyaallah passport uols akan siap.. boleh la amek di kaunter dan pulang dengan hati yang girang…

so uols jagalah passport dengan cermat.. letak di tempat yang selamat.. semoga posting sis ini akan memberi manafaat pada sesiapa yang kehilangan passport.. kalau tak silap sis cara ini sama juga pada kes kerosakan passport.. cuma sis tak pasti berapa bayaran denda yang dikenakan sebab sis hari tu tak kena denda sebab sis di timpa musibah.. uols boleh tengok kat website Jabatan Immigration untuk kepastian..

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started