Saper yang tak seronok pegi travel kan… sekarang ni rata-rata kita dapat lihat ramai wanita-wanita & gadis-gadis yg pegi travel.. tak kesah la ke mana pon.. ada yg travel dalam negara.. ada juga yg travel ke luar negara.. orang kata travel ni dapat membuka mata kita untuk mengenali dunia.. setiap tempat yg kita pegi mmpunyai budaya yg berbeza.. byk yg kita belajar dgn mengembara… tapi, sebelum mengembara ada beberapa tips untuk traveller wanita dan gadis-gadis..
1. Buat Listing

Listing ni sgt penting.. sebelum packing uols buat dulu listing barang² yang nak di bawa pastu tengok balik listing tu.. potong mana² yang tak berkenaan.. kita tak nak terlupa benda² penting dan juga bawa benda² yang tak perlu.. ye la kadang² benda² yang tak perlu pon kita letak dalam listing tu.. mana yang tak perlu potong jer.. tak payah nak penuhkan dan beratkan beg uols dengan benda² yang tak penting.. nanti uols gak yang nak bawak beg tu.. lepas dah packing tu check balik.. bukan apa takut ada yang tertinggal.. kita ni bukannya perfect sangatkan.. kadang² terlupa.. traveller wanita ni kan kalau tertinggal barang boleh rosak mood tau..
2. Packing Pakaian

sis tau kita traveller wanita ni kalau boleh satu almari nak bawak.. janganla susahkan diri.. berapa banyak beg nak bawak nanti.. kalau boleh bawa seminima yang boleh.. tak payah la dalam sehari nak tukar pakaian sampai 3-4 kali.. bawa pakaian seringan yang bleh.. for safety bawa seluar or skirt warna gelap.. hitam to be exact.. so that boleh masuk ngan semua warna baju.. jeans tak payah la bawa sampai 3-4 helai.. berat kot.. sebagai traveller wanita kita nak la kelihatan menarik nanti nak amek gambar kan.. at the same time tak nak la sampai menyusahkan diri..
3. Hair Dryer

bagi yang have² travel dok hotel mahal ok lagi sbb kat bilik hotel ada disediakan hair dryer.. tak pon kita boleh minta jer from house keeping.. tapi bagi yang tak berapa nak ado macam sis ni dinasihatkan bawa la hair dryer.. hotel bajet tak semua ada hair dryer.. kengkadang tu kita dok hostel or bed & breakfast.. lagi la takder.. sesetengah homestay pon tidak disediakan hair dryer ni.. kat luar banyak jual travel dryer.. tak rugi pon bawa.. untuk kebersihan diri kita juga.. ye la kalau traveller wanita pegi travel seminggu takkan la seminggu tak basuh rambut kan.. walaupon pkai tudung kalau seminggu tak basuh, bau kepam uols..
4. Pilihan Size

uols!! berapa hari nak travel? kalau boleh tak payah la bawa toiletries yang besar².. semua tu makan space.. sebagai traveller wanita yang bijak kita bawa yang travel size jer.. tapi bergantung juga pada berapa lama kita nak travel.. bawa cukup² jer.. beg pon jangan bawa yang besar².. sebab semakin besar beg yang kita bawa semakin banyak la barang yang kita nak sumbat masuk dalam tu.. sayang²ku… flight ada limit berat luggage tau.. jgn sampai over limit masa nak pegi.. balik nanti uols nak isi barang lagi..
5. Ruangan Bagasi

ingat ye sayang²ku.. masa packing tu pastikan masih ada ruang² kosong di dalam beg uols.. naper? sebab sebagai traveller wanita kecenderungan kita adalah shopping.. tipu la kalau kata tak nak shopping.. paling² tidak pon kita mesti beli fridge magnet ataupon keychain.. betul tak? abes tu kalau awal² lagi beg dah penuh nanti nak balik cemaner plak? beli beg baru la jawabnya.. kan dah tambah kos lagi tu..
6. Organised

susun semua barangan yang nak dibawa.. pastikan barang keperluan yang kecil diletakkan diruangan kecil.. jangan sumbat jer semua kat satu tempat.. ini untuk memudahkan uols mencari barang² yang diperlukan.. toiletries, earphone, charger dan barang² bersaiz mini boleh letak dalam hand carry.. letak siap² dalam beg lutsinar supaya nanti kat airport takder la tercari bila disuruh asingkan.. begitu juga dengan ubat-ubatan dan barangan make-up.. kalau boleh pakaian kita digulung untuk menjimatkan ruang..
Inilah sedikit tips sebelum memulakan travel untuk traveller wanita dan juga gadis².. sis harap ianya dapat membantu uols sebelum memulakan travel.. mood kita semasa travel mesti la sentiasa ceria dan happy.. baru la best amek gambar..